Selasa, Julai 15, 2008

Cuba Teka Siapa Saya!

Cuba jawab kuiz berikut.

Mari Bergembira Bersama!

Tontonilah klip video Angkatan Bersenjata Singapura dan menyanyi bersama!



Soalan untuk difikirkan selepas menonton klip video ini:

(1) Apakah ciri-ciri seorang askar? Taipkan reaksi kamu di dalam ruangan komen. Jangan lupa catatkan sekali nama kamu.

Isnin, Julai 14, 2008

Ciptaan Seorang Pereka Fesyen

Saksikan klip video seorang pereka fesyen melakukan tugasnya!

Impian Seorang Juruterbang

Saksikan klip video seorang juruterbang SIA ini. Fikirkan jawapan bagi soalan berikut -
(1) Apakah kelulusan yang perlu seseorang miliki sebelum dia dapat menjadi seorang juruterbang?

Taipkan jawapan atau komen kamu di bahagian komen di bawah klip video ini! Jangan lupa tinggalkan nama kamu sekali, ya!

Selamat menonton!

Selasa, Julai 08, 2008

Tema Minggu Ini - Cita-Cita Saya

Tema kita bagi dua minggu ini ialah Cita-Cita Saya.

Sudahkah murid-murid fikirkan cita-cita kamu? Bagi yang sudah pun mempunyai cita-cita, syabas cikgu ucapkan. Teruskan usaha untuk mencapai cita-cita kamu itu. Bagi murid yang masih belum mempunyai cita-cita lagi, yok fikirkan ya!

Sebelum kita tahu apa yang kita inginkan, mungkin ada baiknya jika kita membuat kajian tentang pekerjaan-pekerjaan yang tersedia ada.

Hari ini mari kita bincangkan tentang pekerjaan sebagai seorang tukang masak!

Yok tonton klip video ini!


Salam Muhibbah Kepada Semua!

Salam muhubbah kepada semua
Kata pembuka pemanis bicara
Blog dicipta untuk semua
Sebagai wadah perkongsian bahasa


Selamat datang ke blog Cikgu Noor. Saya berharap dengan terbangunnya blog ini, para pelajar dan guru Bahasa Melayu yang lain akan mendapat manfaat yang ingin saya kongsi bersama nanti. Blog dinamakan "Yok Belajar Yok" kerana saya ingin mengajak para pelajar sama-sama belajar bahasa melalui blog ini.